• BannerAwalMuharram_1446H2024M.jpg
  • DPMT2.jpg
  • klinik-hukum.jpeg
  • PosterTahniahUstazHanapiah1446H.jpg

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan)

Jabatan Mufti Negeri Terengganu menyokong penuh penggubalan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) dan berpendirian bahawa ia hendaklah disokong sebulat suara oleh semua umat Islam di Malaysia, agar RUU Mufti diluluskan sebagaimana dibentangkan di Parlimen. Hal demikian adalah kerana RUU Mufti memartabatkan ajaran Islam yang telah menjadi arus perdana diamalkan sejak dahulu hingga sekarang, berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandukan kepada manhaj al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari segi akidahnya. Dari segi syariat, RUU Mufti berpandukan kepada Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab muktabar yang lain, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Manakala dari segi tasawuf pula, RUU Mufti berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

RUU Mufti Wilayah Persekutuan bakal menjadi landasan terbaik untuk memperkasakan pengurusan pentabdiran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, selain mampu menjamin kesejahteraan serta kelestarian keamanan umat Islam dan seluruh masyarakat Malaysia tercinta ini.

 

 

 

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
No result.
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com