• DPMT2.jpg
  • FORUM.jpeg
  • FORUM2.png
  • klinik-hukum.jpeg
  • MULTAQA.jpg
  • mzkh-falak.jpg
  • tahniah2.jpg
  • ZQ-BESUT-BANNER.jpeg
  • zq.jpeg

Tidak dapat dinafikan bahawa tugas menjadi Imam ketika menunaikan solat adalah tugas yang mulia, sebagaimana dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan para Khulafa’ al Rasyidin. Terdapat beberapa adab yang perlu dipatuhi oleh seseorang Imam bagi mencapai tahap kemuliaan tersebut. Antara adab-adab ialah:

 

Pertama: Berakhlak yang baik, beristiqamah di atas sunnah Nabi s.a.w dan tidak melakukan perkara-perkara bid’ah atau maksiat, kerana Imam ialah orang yang dipandang tinggi dan menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

 

Kedua: Mestilah mempunyai pengetahuan secukupnya mengenai hukum hakam yang berkaitan dengan solat dan juga hukum hakam yang berkaitan dengan Imam, kerana Rasulullah s.a.w bersabada yang bermaksud:

                “Yang lebih layak menjadi imam kepada sesuatu kaum itu, ialah yang lebih pandai membaca Kitab        Allah. Bacaan mereka itu sama, maka yang lebih mengetahui tentang sunnah… ”  (H.R Muslim)

 

Ketiga: Seseorang yang bukan Imam Ratib (Imam yang dilantik oleh pihak berkuasa) hendaklah menyerahkan tugas itu kepada orang yang lebih baik daripadanya jika ada. Sebaliknya jika dia adalah Imam ratib yang sempurna segala syaratnya, maka dia adalah lebih Aula (lebih utama) untuk menjadi Imam berbanding dengan orang lain sekalipun orang yang berada dibelakangnya itu lebih alim daripadanya.

 

Keempat: Tidak layak seseorang itu menjadi Imam sekiranya dibenci oleh kebanyakan kaumnya, kerana buruk akhlaknya, seperti melakukan perbuatan maksiat, zalim dan sebagainya. Diriwayat daripada Abi Umamah r.a berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

                “Tiga golongan yang tidak diangkatkan solat mereka (tidak diterima solat mereka) –salah satu                 daripada golongan yang disebut dalam hadis tersebut ialah - orang yang menjadi imam kepada suatu                 kaum sedangkan mereka membencikannya,” (H.R al Tirmizi dan              lainnya).

 

Kelima: Meringankan makmum, iaitu tidak memanjangkan  bacaan surah, tasbih dan zikir-zikir yang lain lebih daripada kadar yang dituntut, kecuali jika semua makmum bersetuju untuk dipanjangkan bacaannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

                “Apabila salah seorang kamu solat bersama orang ramai (menjadi Imam), maka hendaklah ia                 meringankan, kerana di kalangan mereka ada yang sakit, lemah, orang tua dan apabila ia bersolat                 seorang diri, maka panjangkanlah bacaan sepanjang mana yang ia kehendaki” ( H.R Bukhari).

 

Keenam: Imam hendaklah merendahkan sedikit suaranya ketika berwirid selepas memberi salam, bagi mengelakkan daripada mengganggu orang yang sedang solat, kerana berzikir dengan meninggikan suara sehingga mengganggu orang yang sedang solat adalah haram.

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
No result.
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com