• DPMT2.jpg
  • FORUM.jpeg
  • FORUM2.png
  • klinik-hukum.jpeg
  • MULTAQA.jpg
  • mzkh-falak.jpg
  • tahniah2.jpg
  • ZQ-BESUT-BANNER.jpeg
  • zq.jpeg

IBADAT

Soalan:

 

Apa hukum memberi ucapan bersempena perayaan orang bukan Islam? Adakah ia dibenarkan atau sebaliknya?

 

Jawapan:

 

Memberi ucapan selamat pada hari perayaan orang kafir seperti hari Natal atau lainnya adalah diharamkan. Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ada mengatakan perkara ini.

 

Ibnu Uthaimin dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa juga mengatakan memberi ucapan selamat kepada orang kafir terhadap hari raya agama mereka diharamkan. Ini kerana ia bererti mengakui dan redha dengan syiar kekufuran mereka. Seseorang muslim diharamkan redha dengan syiar kekufuran. Allah s.w.t berfirman-Nya:

 

إن تكفروا فإن الله غني عنكم ولا يرضى لعباده الكفر وإن تشكروا يرضه لكم

 

          Maksudnya:

 

"Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekufuran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu." (al-Zumar: 7)

         

Di sana ada pandangan kedua yang membenarkan memberi ucapan selamat perayaan kepada orang bukan Islam. Antara mereka yang berpendapat begitu ialah Syeikh Ahmad Zarqa’ seperti yang dinukilkan dalam kitabnya al-Fatawa. Alasannya ialah ia hanya sebagai cara menjaga keharmonian di kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama. Namun, janganlah ucapan itu disertai dengan redha dengan agama dan perayaan mereka.

 

Penulis berpendapat pandangan kedua ini lebih realistik dengan keadaan kita di Malaysia. Namun, biarlah ia hanya sekadar ucapan sahaja tanpa turut merayakannya.

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
No result.
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com