Ahad, 16 julai 2017 bersamaan 22 Syawal 1438 H telah berlangsungnya Seminar Fiqh Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Terengganu bertempat di Dewan Auditorium JHEAT pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seminar Fiqh Falak ini diadakan untuk membincangkan berkaitan isu-isu semasa berkait dengan Astronomi dalam Kerangka Metodologi ilmu falak, mewujudkan kerjasama yang padu dengan semua peserta supaya mendapat maklumat yang tepat mengenai isu yang diperbincangkan dan dapat disampaikan kepada semua pihak serta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebesaran ilmu Allah S.W.T. Seramai 240 peserta telah menghadiri seminar tersebut dari pelbagai jabatan dan sekolah di Terengganu.  Manakala pembentang yang dijemput adalah Encik Ahmad Irfan bin Ikmar Hisham membentangkan Pengimejan anak bulan dari perspektif syarak dan Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir membentangkan isu-isu falak berkenaan waktu solat & kiblat. Seminar ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu.

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com