24 Januari 2018 - Jabatan Mufti Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu dalam usaha mengeratkan hubungan kerjasama diantara Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan SPRM. Pertemuan diantara kedua belah pihak telah membincangkan beberapa perkara berkaitan aktiviti pencegahan rasuah, penyelewengan, dan salahguna kuasa bagi tahun 2018.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Mohd Zaki Hassan.

Turut serta pada kunjungan hormat ini ini adalah Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, PPj Zainal Ayop dan Ketua Siasatan Negeri, PsK Azmi Ismail.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com