MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI TERENGGANU

Kali Kelima (Sesi 2021/2021) Penggal ke-14

Pada   : 16 Jamadilakhir 1443H     Bersamaan: 19 Januari 2022 (Rabu)

 

KERTAS JKF BIL. 22/P14

 

MOHON SEMAKAN SEMULA TERHADAP HUKUM PEMBAYARAN ZAKAT OLEH SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Kelima Sesi 2021/2023 (Penggal Ke-14) yang bersidang pada 16 Jamadilakhir 1443H bersamaan 19 Januari 2022 membuat keputusan sebagaimana berikut:

 

Setelah mendengar dan meneliti penjelasan daripada pihak-pihak yang berkaitan, maka mesyuarat bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:

  1. Mengekalkan keputusan yang telah diputuskan di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Kedua tahun 2017 yang bersidang pada 13 Muharam 1439H bersamaan 4 Oktober 2017.
  2. Semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) adalah wajib membayar zakat kepada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).