Print

Tarikh Keputusan: 27 Feb, 2002  , Huraian Tajuk/Isu: 

Penyimpan wang di Tabung Haji dan sebagainya yang mempunyai penama apabila dia meninggal dunia, maka penama adalah seorang pemegang amanah yang bertanggungjawab menyampaikan amanah pusaka itu kepada pewaris penyimpan tersebut.
Keputusan: 
Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.
Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :
Bahawasanya wang simpanan di Tabung Haji, wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya yang mempunyai penama apabila penyimpannya meninggal dunia maka wang simpanan tersebut adalah wang pusaka dan hendaklah dibahagikan menurut hukum faraid.
Oleh yang demikian orang Islam hendaklah menerimapakai fatwa ini.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 14 Mar, 2002
Nombor Rujukan: 
 [SUK. TR. 1180/2 Bhg. 67-(19).
Akta/Enakmen: 
 132