PENGLIBATAN ORANG AWAM DENGAN TAREKAT

   

Sejauh mana perlunya orang awam terlibat dengan tarekat? Ada orang berkata syariat tanpa tarekat adalah fasik. Apakah kaitannya dengan tasawwuf? Mohon pandangan.

Jawapan:

          Kebanyakan para ulama tasawwuf apabila mentakrifkan tarekat menyebut apa yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali r.a dalam merumuskan tarekat dan tujuannya, di antara kata-kata beliau dalam Ihya’ Ulum al-Din, “Tarekat ialah jalan atau cara yang mendahulukan mujahadah, menghapuskan sifat mazmumah, memutus segala hubung kait dengan makhluk dan mengadap dengan penuh perhatian kepada Allah S.W.T. Sejauh mana pencapaian natijahnya, maka Allah S.W.T lah yang menguasai hati hambaNya.” Lihat al-Fatawa oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud.

          Terlibat dengan tarekat adalah harus kalau sekiranya ia tidak menyalahi syariat. Tarekat juga berkait dengan ilmu tasawwuf.

          Hukum mempelajari ilmu tasawwuf adalah wajib. Imam al-Ghazali r.a berkata: “Hukumnya fardhu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit (jiwanya) kecuali para anbiya.”

          Diriwayatkan bahawa Imam Malik bin Anas r.a berkata: “Barangsiapa yang mengamal ilmu fekah tanpa tasawwuf, maka dia telah fasik. Barangsiapa mengamalkan ilmu tasawwuf tanpa ilmu fekah, maka dia telah menjadi zindiq. Manakala barangsiapa yang menghimpunkan kedua-dua ilmu tersebut, maka itulah sebaik-baik dan sesempurna perkara.”

          Oleh itu, tidak salah seseorang itu mempelajari dan mendalami ilmu tasawwuf asalkan jangan meninggalkan syariat. Feqah merupakan syarat bagi sah tasawwuf. Justeru, feqah didahulukan daripada tasawwuf tetapi beramal dengannya bukanlah syarat sah amalan.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com