PUSAKA NENEK YANG MEMPUNYAI DUA CUCU LELAKI

 

Nenek mati meninggalkan dua cucu lelaki, seorang dari anak sulung perempuan, seorang lagi dari anak lelakinya. Kedua anaknya telah mati sepuluh tahun dulu. Berapakah bahagian kedua-dua cucu itu?

Jawapan:

Berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Manhaji karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan Syeikh Ali as-Syarbaji pada jilid 2, di halaman 282, beliau menyatakan pusaka terbahagi kepada dua jenis iaitu pusaka melalui fard (ketetapan) dan pusaka melalui asabah (harta lebihan).

Asabah dari segi bahasa ialah ahli keluarga lelaki sebelah bapa. Manakala dari segi istilah pula ialah sesiapa yang mengambil semua harta sekiranya dia adalah pewaris tunggal. Firman Allah S.W.T:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

Maksudnya: “Allah S.W.T perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”

(Surah an-Nisa’, ayat:11)

Hadis Nabi :

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Berikanlah bahagian-bahagian pusaka kepada yang layak, manakala bakinya adalah bagi lelaki yang paling layak.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

          Anak lelaki ataupun anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) adalah penerima asabah daripada harta pusaka warisnya.

          Dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji, jilid 2, halaman 299, penulis ketika menghuraikan jenis-jenis asabah. Beliau menyatakan bahawa asabah bi nafsihi ialah lelaki yang mempunyai hubungan keturunan dengan si mati tanpa diselangi oleh mana-mana perempuan.

          Merujuk kepada soalan di atas, cucu kepada si mati adalah terdiri daripada dua orang lelaki iaitu anak lelaki kepada anak perempuan dan anak lelaki kepada anak lelaki. Maka jelaslah bahawa anak lelaki kepada anak perempuan tidak berhak menerima harta pusaka si mati, dan anak lelaki kepada anak lelaki mewarisi semua harta pusaka tersebut atas nama asabah.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com