SI MATI YANG TIADA WARIS MELAINKAN BAPA SAUDARA

 

Pembahagian pusaka si mati yang tiada waris melainkan bapa saudara iaitu adik lelaki bapa yang sebapa dengannya dan sepupunya sebelah bapa. Mohon pencerahan mengenainya.

Jawapan:

          Harta pusaka akan diwarisi oleh waris utama sekiranya berlaku sesuatu kematian. Waris utama bermaksud waris yang pasti mewarisi harta pusaka sekiranya mereka hidup ketika pemilik harta meninggal. Waris utama ini pula mestilah tidak terhalang oleh sesiapa pun daripada mewarisi harta tersebut dari segi syarak.

Antara mereka yang menjadi waris utama dalam mewarisi harta pusaka adalah ibu, bapa, suami atau isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Sekiranya tiada ahli waris utama untuk mewarisi harta pusaka si mati, maka perlu dilihat pula kepada waris kedua dengan syarat-syarat tertentu.

Waris kedua terbahagi kepada:

  • Waris sisi kepada si mati (Hawasyi) iaitu adik beradik dan keturunannya seperti anak saudara dan seterusnya.
  • Waris sisi kepada bapa si mati iaitu bapa saudara dan keturunannya seperti sepupu dan seterusnya.
  • Waris sisi datuk si mati sebelah bapa iaitu datuk saudara dan keturunannya seperti anak datuk saudara dan seterusnya.

Oleh yang demikian, harta pusaka si mati dalam kes di atas akan diwarisi oleh bapa saudara si mati tersebut dan menghalang sepupu si mati dari mewarisi harta pusaka tersebut.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com