HAK PUSAKA BAGI ANAK KECIL

 

Bagaimanakah pembahagian pusaka bagi anak kecil berumur dua tahun bersama dengan kakak kandungnya yang telah menguruskan arwah si mati semasa sakitnya?

 

Jawapan:

Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka dan juga dikenali sebagai ilmu al-Mawarith yang bererti ilmu pewarisan atau juga disebut sebagai ilmu al-Tarikah yang bererti ilmu berkaitan harta peninggalan si mati.

Sekiranya ilmu ini tidak dipelajari atau tidak difahami, maka akan lahirlah pihak-pihak yang bertelagah mengenai harta pusaka. Lalu, pertikaian itu berlarutan tanpa ada pihak yang dapat menyelesaikannya.

Rasulullah bersabda bermaksud, “Pelajarilah al-Quran dan ajarkan ia kepada manusia! Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia! Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu itu akan digenggam (dicabut).” 

(Hadis Riwayat Ibn Masúd)

Merujuk kepada persoalan di atas, sekiranya si mati hanya meninggalkan satu seorang anak lelaki dan satu seorang anak perempuan tanpa ada mana-mana waris selain mereka, maka anak-anak tersebut akan mewarisi harta si mati dengan pembahagian asabah bi al-ghairi.

Oleh itu, kesemua harta si mati perlu dibahagi kepada 3 bahagian iaitu anak lelaki akan mewarisi dua pertiga (2/3) bahagian dan anak perempuan akan mewarisi satu pertiga (1/3) bahagian.

Hukum pembahagian ini tidak melihat kepada jasa-jasa wanita itu yang telah berkhidmat kepada arwah si mati semasa sakitnya.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com