JUAL BELI MASA AZAN JUMAAT KEDUA

 

Apakah hukum jual beli masa azan Jumaat kedua?

Jawapan:

Jual beli adalah salah satu transaksi tukar-menukar barang yang mempunyai nilai yang mana salah satu pihak menjual barang tersebut dan pihak lain membelinya sesuai dengan kesepakatan. Jual beli dihalalkan dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah, ayat 275:

 

                                                وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟

Maksudnya: “Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

Walau bagaimanapun, jual beli semasa azan Jumaat kedua adalah haram. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana ketika turunnya ayat al-Quran pada masa hayat baginda Nabi . Imam at-Tohawi al-Hanafi menegaskan yang membawa maksud:

“Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi .”

Ulama mazhab Hanafi mempunyai pelbagai pandangan dengan majoriti mereka berijtihad hukum jual beli semasa azan kedua adalah haram. Sebahagian daripada mereka ada yang berpendapat pengharaman bermula pada azan pertama (azan masuk waktu) atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut. Ini bermakna mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini.

Imam Ibn Kathir menyebut yang bermaksud: Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua (Tafsir Ibn Kathir, 4/367).

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com