WANITA MENGUATKAN SUARA KETIKA MENJADI IMAM

 

Apakah hukumnya wanita menguatkan suara ketika menjadi imam sesama mereka?

 

Jawapan:

Solat berjemaah adalah fardhu kifayah. Solat jemaah itu lebih afdal berbanding solat sendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahalanya. Antara kelebihan solat berjemaah ialah sebagaimana yang disebutkan dalam hadis berikut yang bermaksud:

 Sesiapa yang bersolat kerana Allah S.W.T selama empat puluh hari berjemaah dengan mendapat takbir yang pertama, ditulis untuknya dua kelepasan: kelepasan dari neraka dan kelepasan dari sifat yang munafik.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Syarat bagi menjadi seorang imam solat adalah:

 

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Lelaki
  5. Suci dari hadas dan najis
  6. Baik bacaannya

Berkait dengan syarat yang keempat, tiada larangan terhadap wanita untuk menjadi imam kepada solat yang makmumnya juga adalah wanita. Apabila seorang wanita menjadi imam untuk wanita lain dalam solat jahriyah iaitu Solat Maghrib, Isyak dan Subuh, maka dibolehkan atas wanita ini untuk menguatkan bacaan dalam solat dan ketika perpindahan antara satu rukun ke satu rukun yang lain. Keharusan itu mestilah dalam lingkungan pendengaran makmumnya, bukan jerit lantang dan selagimana diyakini tiada kehadiran lelaki bukan mahram.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com