PEMBAHAGIAN FARAID PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH

 

Bagaimanakah cara pembahagian faraid perkakas dapur dan rumah?

Jawapan:

Semua harta atau benda yang dimiliki oleh si mati semasa hidup menjadi harta pusaka kepada pewarisnya yang masih ada sama ada harta tersebut diperoleh secara langsung atau tidak. Pewaris seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak si mati berhak mewarisi kesemua harta peninggalan si mati mengikut pembahagian yang telah ditetapkan.

Sekiranya barang tersebut mempunyai nilai dan berharga perlulah diisytiharkan kepada semua waris yang berhak untuk dinilai semula.

Namun, jika barang tersebut tidak mempunyai nilai dan hanya boleh dipakai untuk kegunaan harian maka bolehlah sekiranya ada di antara ahli waris yang mahu menyimpan atau menggunakan barang tersebut tanpa dinilai atau di bahagikan secara faraid dengan syarat mendapat keizinan ahli waris.

Oleh itu, barang seperti perkakas dapur, pinggan mangkuk, periuk dan lain-lain yang tidak mempunyai nilai boleh dimliliki dengan hanya meminta izin daripada ahli waris yang lain atau diletakkan untuk kegunaan bersama di kalangan ahli waris.

Faktor utama dalam pembahagian seperti ini adalah bertolak ansur dan ada sifat tanggungjawab dalam memastikan tidak ada unsur kepentingan peribadi dan tidak tamakkan diri sendiri sehingga semua perkara perlu diperincikan mengikut pembahagian secara faraid. Nilai-nilai murni yang membawa ke arah pembahagian harta pusaka terbaik:

  • Bertanggungjawab
  • Bertolak Ansur
  • Berfikiran Positif
  • Tidak Pentingkan Diri
  • Semangat Kekeluargaan
  • Prihatin
  • Bersangka Baik
  • Menghadiri Perbincangan

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com