HAID TIDAK PUTUS 21 HARI

 

Haid tidak putus sampai 21 hari, lalu ia tidak solat sebab tidak putus haid lagi. Apa pandangan Islam mengenainya?

 

Jawapan:

Haid merupakan tanda baligh yang semulajadi bagi seseorang wanita. Ianya bermula dalam lingkungan umur sembilan tahun ke atas dan berakhir dengan Iyas (putus haid). Haid dari segi bahasa ialah (السيلان) yang memberi makna mengalir. Manakala dari segi syarak pula ialah darah semulajadi yang keluar daripada kemaluan wanita ketika badannya dalam keadaan sihat dalam tempoh-tempoh yang tertentu.

          Di dalam mazhab Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam (24 jam). Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari. Jika darah yang keluar selepas daripada itu, maka ia dihukum sebagai darah istihadah atau darah yang berpenyakit. Darah haid ialah darah yang normal bagi seorang wanita kalau ia keluar ikut tempohnya.

Apabila seseorang menyedari bahawa darah yang keluar bukan lagi darah haid tetapi darah istihadah, ia hendaklah mandi wajib dan mengerjakan solat sebagaimana wanita yang suci. Ia juga tidak wajib menggantikan semula solat yang telah ditinggalkan pada tempoh itu. Jika ia mendapati bahawa darah masih lagi keluar, ia hendaklah mematuhi peraturan berikut setiap kali hendak mengerjakan solat:

  1. Jika darah itu keluar tidak berterusan yakni pada ketika-ketika tertentu sahaja, ia hendaklah menunggu ketika darah berhenti, kemudian bersuci dengan membersihkan faraj terlebih dahulu, kemudian mengambil wuduk dan menunaikan solat.
  2. Jika darah keluar berterusan, ia hendaklah melaksanakan kaedah bersuci sebagaimana berikut:

          Kesimpulannya, darah haid keluar melebihi 15 hari adalah darah istihadah dan perlu kepada pemeriksaan pakar dengan segera. Hal ini bertujuan untuk mengetahui dan menjalankan pengesanan awal jika berlaku sebarang masalah lain. Justeru, wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan solat sekalipun ada darah yang masih keluar.