HUKUM MEMAKAI SERBAN DALAM SOLAT

 

Betulkah sunnah tutup kepala setiap masa atau semasa solat sahaja?

Jawapan:

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kopiah adalah tutup kepala bagi orang lelaki yang diperbuat daripada kain tebal, baldu dan sebagainya. Manakala serban pula adalah kain yang diikatkan di kepala seperti yang dipakai oleh haji dan lain-lain.

          Memakai serban dan kopiah adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah . Rasulullah telah bersabda:

 

                             دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح وعليه عمامة سوداء

Maksudnya: “Nabi telah memasuki ke Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, ketika itu Baginda memakai serban hitam.”

          Pemakaian serban dan kopiah sudah sinonim dalam masyarakat Islam di seluruh dunia dan ia juga telah dijadikan amalan seharian masyarakat walaupun di luar urusan ibadat terhadap Allah. Justeru itu, adalah sukar bagi sesetengah individu untuk menukar pemakaian serban dan kopiah kepada pemakaian songkok seperti yang biasa dipakai oleh segelintir masyarakat Melayu.

          Menurut Imam Nawawi r.a dalam Kitab         al-Majmuk Syarh al-Muhazzab bahawasanya sah solat seseorang lelaki itu yang tidak menutup kepala.

          Memakai penutup kepala pada asalnya adalah kebiasaan Rasulullah , para sahabat, para ulama dan orang-orang soleh, baik di luar atau di dalam solat. Beberapa riwayat menunjukkan hal ini, di antaranya:

 

                     أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ، فَمَسَحَ بِنَاصِيَتِهِ، وَعَلَى الْعِمَامَةِ، وَعَلَى الْخُفَّيْنِ

Maksudnya: “Nabi berwuduk, beliau mengusap ubun-ubunnya, mengusap serbannya dan mengusap khufnya.” 

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 

                    أنه كان يُصلِّي في العِمامة

Maksudnya: “Nabi biasanya solat dengan memakai serban.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 

Walau bagaimanapun, tidak ada perintah atau sumber hukum yang kuat supaya mewajibkan memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan syariat tetapi barangsiapa yang memakainya dengan niat kasih kepada Baginda , tentulah niat ini mendapat ganjaran pahala. Dalam hadis Rasulullah disebutkan:

 

                    كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس العمامة على القلانس

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah memakai serban bersama kopiah.”

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com