cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

PANDANGAN MUFTI TENTANG ISU SEMASA #2 : Hukum Memakai Topi Krismas Bagi Umat Islam.

 

SOALAN

Apa hukum merayakan perayaan orang bukan Islam seperti Krismas yang bakal menjelang? Adakah ia dibenarkan atau sebaliknya?

 

Jawapan:

Sebahagian ulama Islam mengatakan memberi ucapan selamat pada hari perayaan orang kafir seperti hari natal atau lainnya adalah diharamkan. Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ada menyebut tentang perkara ini.

            Ibnu Uthaimin dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa juga mengatakan bahawa, memberi ucapan selamat kepada orang kafir sempena hari raya agama mereka adalah diharamkan. Ini kerana ia bererti mengakui dan meredhai dengan syiar kekufuran mereka. Seseorang muslim diharamkan redha dengan syiar kekufuran. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

 

 

“Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekufuran bagi hamba-Nya: dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.” (al-Zumar:7)

 

 

            Di sana ada pandangan kedua yang membenarkan memberi ucapan selamat perayaan kepada orang bukan Islam. Antara mereka yang berpendapat begitu ialah Syeikh Ahmad Zarqa’ seperti yang dinukilkan dalam kitabnya al-Fatawa. Alasannya ialah perkara tersebut hanya sebagai cara menjaga keharmonian di kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama. Namun, janganlah ucapan itu disertai dengan perasaan redha terhadap agama dan perayaan mereka.

            Penulis berpendapat, pandangan kedua ini lebih realistik dengan keadaan kita di Malaysia. Namun, biarlah ia sekadar ucapan sahaja tanpa turut merayakannya.

            Jadi terdapat perbezaan pendapat terhadap merayakan perayaan bukan Islam seperti Krismas dan mengucapkan ucapan selamat. Orang Islam mengucapkan ucapan selamat hari perayaan adalah dibenarkan, namun ia haram merayakan. Pengharaman itu adalah mutlak sama ada dari pihak perseorangan atau dari pihak masyarakat mahupun dari pihak kerajaan.

            Hal ini bertepatan dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

 

 

 “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

 

 

                        Sayugiya diingatkan bahawa, memakai pakaian yang melambangkan perayaan yang bukan Islam termasuk memakai topi Krismas adalah diharamkan seperti yang biasa dilakukan oleh orang ramai di pusat-pusat membeli belah.

Berijtihad arah Kiblat adalah perlu dilakukan bagi menentukan arah Kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat. Mengikut keempat-empat Mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, menghadap Kiblat menjadi syarat sah solat. Bagi Mazhab Syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap Kiblat iaitu:

i. Bagi seseorang yang berada di dalam Masjidil Haram sama ada nampak Baitullah (Kaabah) atau tidak, wajib ia menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan terlebih dahulu dengan melihat atau menyentuhnya bagi cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan. Menentukan Kiblat dengan cara ini dinamakan "Kiblat Yakin".

ii. Bagi seseorang yang jauh dari Baitullah (Kaabah) iaitu yang berada di luar Masjidil Haram dan di sekitar Tanah Suci Makkah hendaklah menghadap ke arah Masjidil Haram dengan tujuan ke arah Kaabah secara dzanni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Oleh yang demikian cara ini dinamakan "Kiblat Dzanni". Kaedah ini boleh diketahui melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah.

iii. Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di luar tanah suci Makkah hendaklah menghadap ke arah tanah suci Makkah dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau Kaabah. Cara ini memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.

Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti kompas, teodolit dan juga mata angin. Arah Kiblat juga boleh ditentukan berdasarkan kepada kedudukan matahari dan bintang. Kaedah-kaedah yang tersebut di atas digunapakai oleh umat Islam di seluruh dunia sehingga kini.

Namun demikian kaedah berdasarkan perhitungan falak dibantu dengan penggunaan teodolit lebih seragam. Oleh itu kaedah tersebut digunapakai secara rasmi bagi penandaan arah Kiblat di negara Malaysia.

 

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.

Jabatan Mufti Negeri Terengganu

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,

Kompleks Seri Iman,

21100 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Telefon : 09-6252525 sambungan : 3101/3110/3106

Faksimili : 09-6235411

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SEPINTAS LALU

PERANAN FATWA


Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58) a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat. b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum

PERANAN FATWA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

KATA-KATA MOTIVASI

Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran

 

Jika ingin menggapai bahagia di dunia, maka harus dengan ilmu. Jika ingin menggapai kebahagiaan di akhirat, juga harus dengan ilmu.

Pautan Mufti

  • Pautan Mufti

    Pusat Zakat Terengganu

  • Majlis Sukan Terengganu

    Majlis Sukan Terengganu

  • KUSTEM

    KUSTEM

  • Yayasan Terengganu

    Yayasan Terengganu

  • Jabatan Pelajaran Terengganu

    Jabatan Pelajaran Terengganu

  • Universiti Malaysia Terengganu

    Universiti Malaysia Terengganu

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com