cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

 Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan, tanpa kelengahan dari tarikh aduan itu diterima

 

 Memastikan tiap-tiap persoalan agama yang diterima, didengar dan akan diberi panduan cara penyelesaiannya dengan berkesan dan tepat

 

 Dalam tempoh tidak lebih satu jam bagi pemohon yang datang sendiri ke pejabat

 

 Tidak melebihi 2 minggu bagi pertanyaan melalui surat

 

 Jawapan serta-merta bagi pertanyaan melalui telefon

 

 Memastikan mana-mana permohonan fatwa akan diproses dalam tempoh tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan itu diterima

 

 Sebarang aduan yang berkait dengan ancaman ke atas kesucian ajaran Agama Islam akan ditangani tanpa kelengahan

Sejarah institusi kefatwaan di Negeri Terengganu tidak dapat dikesan dengan tepat bilakah mulanya. Menurut sumber-sumber Sejarah Negeri Terengganu, To' Syiekh Qadhi (bapa kepada Syiekh Duyung). Beliau dilantik menjadi Mufti Negeri Terengganu oleh Sultan Umar (muridnya sendiri). Atas nasihat beliau selaku Mufti ditambah dengan minat Sultan sendiri kepada Agama Islam, menyebabkan banyak dasar-dasar Kerajaan Negeri Terengganu berjalan selari dengan kehendak Agama Islam.

Jawatan Mufti Negeri Terengganu bermula pada tahun 1860 an yang mana pada mulanya ia bergelar Syiekh Al-Ulama'. Kemudian dikenali dengan gelaran Mufti. Nama-nama penyandangnya adalah seperti berikut:-

Menurut cerita-cerita yang boleh dipercayai bahawa di awal-awal tahun 1900 dulu, sekiranya terdapat apa-apa permasalahan yang besar dalam Agama Islam, maka Mufti tidak akan membuat keputusan keseorangan, tetapi dijemput ulama' yang difikirkan berwibawa dalam Negeri Terengganu ini untuk memberi pendapat mereka mengenai masalah-masalah tersebut. Alim ulama tersebut tidak dilantik secara rasmi hanya dijemput bapabila diperlukan sahaja.

Setelah tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Agama pada tahun 1919. Sahibus Samahah Al-Mufti merupakan salah seorang dari kakitangan jabatan berkenaan. Prosedur dulu adalah memastikan tiap-tiap soalan bertulis hendaklah dituju kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama. Maka menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya menyampaikan jawapan itu kepada pihak berkenaan. Keadaan ini masih lagi berlaku hingga hari ini walaupun Jabatan Mufti telah ditubuhkan berasingan. Prosedur di atas berlaku kerana pada masa itu Mufti adalah merupakan salah seorang dari pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama dan tidak mempunyai kakitangan tersendiri. 

Jabatan Mufti telah diwujudkan dengan rasminya pada 1 Muharram 1406 bersamaan 16 September 1985 setelah melalui proses pengasingan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Jabatan Mufti beroperasi dan berjalan sebagaimana sebuah jabatan kerajaan yang lain yang diberi peruntukan melalui peruntukan belanjawan mengurus dan diletakkan di bawah kepala bekalan sebagai B 34.

“ UNGKAPAN TEPAT MEMBAWA BERKAT ”

 Menjadi  tempat   rujukan    utama   dan   terpenting    bagi   sebarang permasaalahan mengenai agama Islam  termasuk isu-isu semasa.

 

  Mengeluar fatwa  dan pandangan yang benar-benar lengkap, kemas dan  sistematik berlandaskan sumber-sumber hukum  Islam.

 

  Menjadi tempat penyelidikan, pengembangan dan penyebaran ilmu Islam.

 

 Menyediakan  prasarana  Institusi  Islam   dan perkhidmatan sokongan yang terbaik, cekap dan berkesan.

SEPINTAS LALU

PERANAN FATWA


Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58) a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat. b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum

PERANAN FATWA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

KATA-KATA MOTIVASI

Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran

 

Jika ingin menggapai bahagia di dunia, maka harus dengan ilmu. Jika ingin menggapai kebahagiaan di akhirat, juga harus dengan ilmu.

Pautan Mufti

  • Pautan Mufti

    Pusat Zakat Terengganu

  • Majlis Sukan Terengganu

    Majlis Sukan Terengganu

  • KUSTEM

    KUSTEM

  • Yayasan Terengganu

    Yayasan Terengganu

  • Jabatan Pelajaran Terengganu

    Jabatan Pelajaran Terengganu

  • Universiti Malaysia Terengganu

    Universiti Malaysia Terengganu

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com