cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

PANDANGAN MUFTI TENTANG ISU SEMASA #1 : QUNUT NAZILAH (Mengenai Umat Islan Rohingya)

Qunut Nazilah sunat dibaca dalam solat mengikut Mazhab Syafie dalam keadaan tertentu. Ianya berlainan dengan qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut Nazilah ini dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak penyakit dan sebagainya. Jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti yang disebutkan, ia tidak lagi sunat dibaca.

Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai para penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللُّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ فِي غَيْرِ الصُّبحِ عِنْدَ نُزُولِ النَّازِلَةِ حِيْنَ قُتِلَ أَصْحَابُهُ القُرَّاءُ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika berlakunya peristiwa yang negatif sewaktu pembunuhan sahabat-sahabat baginda dari kalangan penghafaz-penghafaz al Quran.

 

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

 

 

Tatacara bacaan qunut nazilah ini ada disebut dalam satu hadith

 

Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah s.a.w. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

 

 

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda s.a.w. membaca doa qunut nazilah”.

 

 

Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

 

 

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

 

Adalah disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah. Sayugia diingatkan bahawa, qunut nazilah hanya dibacakan apabila umat Islam ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

 

 

 

َنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللُّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ فِي غَيْرِ الصُّبحِ عِنْدَ نُزُولِ النَّازِلَةِ حِيْنَ قُتِلَ أَصْحَابُهُ القُرَّاءُ

 

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika berlakunya peristiwa yang negatif sewaktu pembunuhan sahabat-sahabat baginda dari kalangan penghafaz-penghafaz al-Quran.                                          

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Adapun, bacaan qunut ini tidak lagi boleh dibaca apabila bala bencana atau musibah yang menimpa telah hilang.

Oleh yang demikian, mengenai bencana yang mengenai umat Islam Rohingya seperti mereka dibunuh, diseksa, dan sebagainya, maka amat jelas kita umat Islam di Malaysia boleh mengadakan bacaan Qunut Nazilah ini.

 

Inilah yang difahami dari beberapa sumber seperti Kitab Nihayat al-Muhtaj, Kitab Majmu’ dan lain-lain.

 

 

Ini adalah contoh Doa Qunut Nazilah yang boleh dibaca, sekiranya terdapat doa-doa yang lain boleh lah juga dibaca.

 

 

اللَّهم انصُر إخوَاننا المُستَضعَفِين فِي رَاهِنيا

اللَّهم عَلَيكَ بأَعدَائك أعدَاءِ الدّين

اللّهُمَّ عَلَيكَ بِهِم فَاءِنَّهُم لاَ يُعجِزُونَك

اللّهُمَّ أَرِنَا فِيهِم عَجَائِبَ قُدرَنِك

 

اللّهُمَّ أَنزِل عَلَيهِم بأَسَكَ الَّذي لا يُرَدُّ عَنِ القَومِ المُجرِمِينَ

 

Ya Allah tolonglah saudara-saudara (Islam) kami yang tak berdaya lemah di Rohingya.

Ya Allah perlihatkanlah kekuasaanMu terhadap musuh-musuhMu, musuh-musuh agamaMu.

Ya Allah timpakanlah musibah atas mereka,sesungguhnya mereka tak mengagungkanMu.

Ya Allah perlihatkanlah kepada kami keagungan kekuasaanMu

 

Ya Allah timpakanlah kepada mereka azabMu yang tidak bias ditolak terhadap orang-orang yang berbuat jahat.

SEPINTAS LALU

PERANAN FATWA


Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58) a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat. b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum

PERANAN FATWA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

KATA-KATA MOTIVASI

Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran

 

Jika ingin menggapai bahagia di dunia, maka harus dengan ilmu. Jika ingin menggapai kebahagiaan di akhirat, juga harus dengan ilmu.

Pautan Mufti

  • Pautan Mufti

    Pusat Zakat Terengganu

  • Majlis Sukan Terengganu

    Majlis Sukan Terengganu

  • KUSTEM

    KUSTEM

  • Yayasan Terengganu

    Yayasan Terengganu

  • Jabatan Pelajaran Terengganu

    Jabatan Pelajaran Terengganu

  • Universiti Malaysia Terengganu

    Universiti Malaysia Terengganu

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com