cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

Fatwa dari segi bahasa arab iaitu fata - yaftu - fatwa atau futya. Ia membawa maksud menjawab perkara-perkara yang menjadi kemusykilan seperti seseorang berkata "meminta fatwa daripadanya maka ia pun memberi fatwa" (Ibrahim Najaib Muhammad Iwad, Al-Qada fi Al-Islam, Kahirah:Majma’ Al-Bunuth Al-Islamiyyah :1975 hal :10).

Fatwa dan segi istilah ialah pemberitahuan tentang sesuatu hukum syara' berdasarkan istinbat yang dilakukan oleh seseorang mufti yang mempunyai kewibawaan Islam untuk memberi jawapan kepada sesuatu kemusykilan, walau bagaimanapun jawapannya itu tidak mengikat.

SEJARAH TAKWIM HIJRI

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.

SEPINTAS LALU

PERANAN FATWA


Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58) a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat. b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum

PERANAN FATWA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

KATA-KATA MOTIVASI

Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran

 

Jika ingin menggapai bahagia di dunia, maka harus dengan ilmu. Jika ingin menggapai kebahagiaan di akhirat, juga harus dengan ilmu.

Pautan Mufti

  • Pautan Mufti

    Pusat Zakat Terengganu

  • Majlis Sukan Terengganu

    Majlis Sukan Terengganu

  • KUSTEM

    KUSTEM

  • Yayasan Terengganu

    Yayasan Terengganu

  • Jabatan Pelajaran Terengganu

    Jabatan Pelajaran Terengganu

  • Universiti Malaysia Terengganu

    Universiti Malaysia Terengganu

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com