~~   HIKMAH KORBAN  ~~

 

 

 

Apakah hikmah disebalik peribadatan korban?

 

Ibadat korban merupakan amalan yang disukai oleh Allah s.w.t. Ia dianggap sebagai bukti serta keihklasan si muslim dalam menghidupkan syiar agama Islam.

Ini jelas difahami dari firman Allah s.w.t:

 

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ

 

Yang maksudnya:

Daging dan darah binatang korban atau hadyu itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj: 37)

 

Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan atau pahala sebanyak bulu binatang yang dikorban. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.

 

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com