Soalan:

Seseorang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan dan tidak menqada’kannya selama beberapa tahun. Apakah ia kena bayar fidyah juga?

 

Jawapan:

Qada’ Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, bahkan ia boleh ditangguhkan sama ada uzur atau tidak selagi tidak masuk bulan Ramadhan yang baharu. Kalau ia lewatkan sampai peringkat itu, maka ia berdosa. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan kata-kata Aisyah r.a:

 

"Atasku qada’ puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak menqada’kannya sehingga datanglah bulan Sya’ban tahun berikutnya.”

 

Apabila seseorang tidak menqada’kannya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, diwajibkan atas orang itu membayar fidyah di samping qadha’ puasa. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah disebutkan:

 

وإذا أخر القضاء حتى دخل رمضان آخر فقد ذهب الجمهور إلى أنه إن كان مفرطا فإن عليه القضاء مع الفدية، وهي إطعام مسكين عن كل يوم

   Maksudnya:

“Sekiranya ia melewatkan qada’ puasa sehingga masuk Ramadhan baharu, maka kebanyakan ulama berkata ia adalah lalai, maka ia wajib qada’ puasa beserta fidyah iaitu memberi makan orang miskin bagi setiap bilangan hari yang ditinggalkan.”

 

Namun, menurut al-Hasan dan para ulama mazhab Hanafi, tidak wajib fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak walaupun puasa yang ditinggalkan tetap wajib diqada’kan.

 

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com