Soalan:

 

            Adakah waktu berbuka di dalam pesawat sama waktunya dengan waktu di daratan?

 

  Jawapan:

 

          Ibnu Abidin, salah seorang ulama mazhab Hanafi di dalam kitab Hasyiyah Ibnu Abidin pernah berkata:

 

“Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, ia tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit fajar bagi sahur dan solat Subuh.”

 

Berdasarkan fatwa ini, waktu Maghrib di tempat tinggi berbeza dengan daratan.

 

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Adalah silap menganggap masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan. Bagi beliau, waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat-tempat melintang di atas muka bumi. Begitu juga waktu Maghrib berbeza-beza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar, tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com