Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1439H diadakan pada 15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439H (Selasa). Negeri Terengganu mempunyai empat tempat Cerapan Hilal adalah seperti berikut:

Waktu mula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam. Hasil cerapan pada hari tersebut adalah tidak kelihatan kerana bulan terbenam dahulu daripada matahari. Kehadiran program tersebut sebanyak 80 orang. Antaranya wakil JUPEM, JMNTR, PAD Kuala Terengganu, PD Kuala Terengganu, PDRM, TM, dan sebagainya. Antara tetamu VIP yang hadir di lokasi Bukit Besar ialah:

 Kehadiran di Balai Cerap KUSZA sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang terlibat adalah pihak JUPEM, JMNTR, SSERI, PAD Setiu, PDRM dan sebagainya. Hasil cerapan tersebut tidak kelihatan kerana bulan terbenam terlebih dahulu daripada matahari.

 

Anggaran kehadiran di Pulau Perhentian, Besut sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang hadir ialah wakil JMNTR, JUPEM, PAD Besut, Kelab Falak MRSM Kota Putra, PDRM dan sebagainya. Hasil cerapan tersebut tidak kelihatan hilal kerana bulan terbenam dahulu daripada matahari.

 

Hasil cerapan tersebut adalah tidak kelihatan kerana bulan terbenam dahulu daripada matahari. Kehadiran tetamu yang datang di Bukit Geliga, Kemaman sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang datang adalah wakil JUPEM, JMNTR, PAD Kemaman, PDRM dan sebagainya.

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini.