Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1439H telah diadakan pada 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H (Khamis). Terdapat 4  lokasi cerapan di Negeri Terengganu iaitu :

 

Bukit Besar, Kuala Terengganu

Tapak Cerapan di Bukit Besar merupakan salah satu lokasi cerapan bagi melihat anak bulan. Waktu mula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam. Hasil cerapan pada hari tersebut adalah tidak kelihatan kerana faktor cuaca berawam tebal. Kehadiran pada program tersebut sebanyak 50 orang. Antaranya wakil JUPEM, JMNTR, PAD Kuala Terengganu, PD Kuala Terengganu, PDRM, TM, dan sebagainya.

 

Balai Cerap KUSZA, Setiu

Balai Cerap KUSZA juga merupakan salah satu tempat cerapan bagi melihat anak bulan. Kehadiran di Balai Cerap KUSZA sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang terlibat adalah pihak JUPEM, JMNTR, SSERI, PAD Setiu, PDRM dan sebagainya. Waktu bermula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam. Hasil cerapan tersebut tidak kelihatan kerana faktor cuaca berawam tebal.

 

Pulau Perhentian, Besut

Di Pulau Perhentian juga merupakan salah satu lokasi cerapan yang strategik bagi melihat anak bulan. Anggaran kehadiran di Pulau Perhentian, Besut sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang hadir ialah wakil JMNTR, JUPEM, PAD Besut, Kelab Falak MRSM Kota Putra, PDRM dan sebagainya.  Waktu bermula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam. Hasil cerapan tersebut tidak kelihatan hilal kerana faktor cuaca berawam tebal.

 

Bukit Geliga, Kemaman

Bukit Geliga juga merupakan salah satu lokasi bagi melihat anak bulan di Negeri Terengganu. Waktu mula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam. Hasil cerapan tersebut adalah tidak kelihatan kerana faktor cuaca berawam tebal. Kehadiran tetamu yang datang di Bukit Geliga, Kemaman sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang datang adalah wakil JUPEM, JMNTR, PAD Kemaman, PDRM dan sebagainya.

 

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.