Program Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1439H diadakan pada 11 Ogos 2018 bersamaan 29 Zulkaedah 1439H (Sabtu). Berikut adalah lokasi cerapan di Negeri Terengganu:

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu

 

Tapak Cerapan di Bukit Besar merupakan salah satu lokasi cerapan rasmi bagi melihat anak bulan Negeri Terengganu. Waktu bermula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam pada jam 7.23 petang. Hasil cerapan tersebut adalah tidak kelihatan kerana hilal tidak memenuhi kriteria imkanur rukyah dan berawam tebal. Kehadiran pada program tersebut sebanyak 50 orang. Antaranya wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Mufti Negeri Terengganu (JMNTR), Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Terengganu, PDRM, Telekom Malaysia Berhad, dan sebagainya.

 

  • Balai Cerap KUSZA, Setiu

 

Balai Cerap KUSZA juga merupakan salah satu tempat cerapan bagi melihat anak bulan. Kehadiran di Balai Cerap KUSZA sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang terlibat adalah pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Pejabat Agama Daerah Setiu, PDRM dan sebagainya. Waktu bermula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam pada jam 7.24 petang. Hasil cerapan tersebut hilal tidak kelihatan kerana tidak memenuhi kriteria imkanur rukyah dan berawam tebal.

 

  • Pulau Perhentian, Besut

 

Di Pulau Perhentian juga merupakan salah satu lokasi cerapan yang strategik bagi melihat anak bulan. Anggaran kehadiran di Pulau Perhentian, Besut sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang hadir ialah wakil Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Pejabat Agama Daerah Besut, Kelab Falak MRSM Kota Putra, PDRM dan sebagainya.  Waktu bermula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam pada jam 7.25 petang. Hasil cerapan tersebut hilal tidak kelihatan hilal kerana tidak memenuhi kriteria imkanur rukyah.

 

  • Bukit Geliga, Kemaman

 

Bukit Geliga juga merupakan salah satu lokasi bagi melihat anak bulan di Negeri Terengganu. Waktu mula cerapan pada jam 6.30 petang sehingga bulan terbenam pada jam 7.20 petang. Hasil cerapan tersebut adalah hilal tidak kelihatan kerana tidak memenuhi kriteria imkanur rukyah. Kehadiran tetamu yang datang di Bukit Geliga, Kemaman sebanyak 25 orang. Antara tetamu yang datang adalah wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, PDRM dan sebagainya.

 

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com