Program Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu telah berjaya diadakan pada 18 Oktober 2018 bersamaan 9 Safar 1440 H bertempat Di Dewan Besar Wisma Darul Iman. Program yang diadakan julung kali adalah untuk

memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta khususnya kepada golongan intelek berhubung Perundangan Islam yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Muzakarah ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang sistem hukuman kepada pesalah, yang mana hukuman yang dikenakan adalah lebih ke arah mencegah dan menghalang agar tidak berleluasa sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com