Soalan:

 

Ada orang kuat bekerja dan pekerjaan itu pula adalah halal, namun ia tidak bersolat. Apakah hukum orang seperti itu?

 

Jawapan:

 

Sememangnya kerja adalah tuntutan Islam. Banyak ayat al-Quran mengenai tuntutan bekerja. Dalam ayat 105 surah at-Taubah disebutkan:

 

 

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

 

 

Yang bermaksud:


“Katakanlah wahai Muhammad, “Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

 

 

Dalam surah al-Jumuah ayat 10 disebutkan:

 

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرٗا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُون

 

Yang bermaksud:


“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).”

 

Bekerja penting demi untuk:

 

  1. Keperluan diri

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

 

لَأَنْ يَغْدُوَ أَحَدُكُمْ فَيَحْطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ ، فَيَتَصَدَّقَ بِهِ وَيَسْتَغْنِيَ بِهِ مِنَ النَّاسِ ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ رَجُلًا أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ ذَلِكَ ، فَإِنَّ الْيَدَ الْعُلْيَا أَفْضَلُ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى ، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

 

Yang bermaksud:

 

“Jika seseorang di antara kamu pada tengah hari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta, maka yang demikian adalah lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang terdekat.”

 

  1. Keperluan keluarga

 

Rasulullah s.a.w bersabda:

 

إن اللّه يحب المؤمن المحترف

 

Yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja.”

 

 

  • Keperluan masyarakat

 

Tidak semua manusia ada kebolehan atau kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu, kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah. Maka mereka yang berkepakaran dan bekerja berasaskan kepakaran yang dimilikinya telah melakukan sesuatu yang memenuhi keperluan masyarakat.

 

 

  1. Memakmurkan bumi Allah

 

Pekerjaan yang dilakukan oleh manusia mempunyai hubung kait dengan unsur kehidupan manusia di dunia secara amnya selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.

 

Adapun seseorang yang asyik bekerja tanpa menghiraukan waktu solat, dibimbangi ia tidak mendapat keberkatan. Walaupun gajinya atau pendapatannya adalah halal tetapi ia pada hakikatnya tidak bernaung di bawah payung agama.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com