DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

 Segala pujian bagi Allah s.w.t,  pemilik sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan keimanan dan keikhlasan hinggalah ke hari kiamat.


 Islam adalah nikmat yang terbesar Allah kepada manusia. Hakikatnya, tidak ada kebahagian di dunia dan di akhirat kecuali dengan memeluk agama Islam, agama yang satu‐ satunya diredhai Allah.

 Maka ilmu agama merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al‐Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu termasuklah ilmu agama membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya, “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap‐tiap  orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadith ini, jelaslah bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan satu kewajipan ke atas setiap orang Islam.

 Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan taufiq dan izin‐Nya telah dapat pihak kami mengadakan Website bagi Jabatan Mufti Negari Terengganu ini.  Mudah‐mudahan dengan wujudnya Website ini, ia akan memberi manfaat kepada umat Islam di Terengganu khususnya dan di Malaysia amnya. Diharapkan juga melalui Website ini,  Jabatan ini dapat meneruskan budaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan agama Islam kepada masyarakat Islam yang akhirnya gaya hidup mengikut acuan agama dapat diteruskan dan dipertingkatkan.

 Besarlah harapan kami supaya wujudnya interaksi antara Jabatan ini dengan masyarakat khususnya yang berada di Terengganu. Diharapkan apa jua pandangan agama yang diluahkan melalui Website ini akan memberi ruang kepada kajian yang lebih terperinci dan mendalam.  Dengan itu ilmu agama Islam ini dapat dipercambahkan lagi yang akhirnya manfaatnya juga diperolehi oleh umat Islam.

 Sebarang kesilapan kalau berlaku harap dapat dimaafkan dan pihak kami sentiasa terbuka untuk membetulkannya. Kami juga memohon keampunan daripada Allah s.w.t kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan‐Nya.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com