Soalan:

Ibu yang hamil tidak berpuasa, apakah ia wajib qada’ puasanya dan bayar fidyah?

 

Jawapan:

Para ulama fiqh sepakat bahawa wanita hamil dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kalau dia khuatir terhadap diri atau membahayakan dan mengancam keselamatan jiwanya. Firman Allah s.w.t:

 

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

 

Maksudnya:

 

"Beberapa hari yang telah ditentukan, maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, wajib baginya untuk menggantikan pada hari-hari yang lain." (al-Baqarah: 184)

 

Yang dimaksud sakit dalam ayat ini ialah yang dapat membahayakan jika berpuasa. Pada wanita hamil didapati keadaan tersebut. Maka ia termasuk dalam kategori yang mendapatkan kelonggaran untuk berbuka.

 

Dalil lain ialah hadith Anas bin Malik r.a, katanya:

 

قال رسول الله (ص) إن الله وضع عن المسافر شطر الصلاة والصوم عن المسافر وعن المرضع والحبلى 

 

Yang bermaksud:

 

“Rasululah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah menggugurkan setengah solat dan puasa bagi musafir. Dan Dia juga menggugurkan (kewajipan berpuasa) bagi wanita hamil dan yang menyusu."

 

Tentang qada’ puasa, ibu hamil tersebut wajib qada’ dan tidak wajib bayar fidyah.