Soalan:

 

Apakah benar ketika pembacaan talqin untuk si mati, para hadirin jenazah dianjurkan berdiri?

 

Jawapan:

 

Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam kitabnya Fath al-Muin mengatakan:

 

“Dan disunatkan mengulang talqin tiga kali. Yang lebih utama bagi para hadirin jenazah adalah berdiri manakala bagi orang yang membaca talqin, ia hendaklah duduk agar lebih dapat didengar oleh si mayat (di kuburnya).”