ISU COVID-19: AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN DI NEGERI
TERENGGANU
Berdasarkan kepada taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Kawalan Penyakit Berjangkit) dari
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang terlibat secara langsung dengan
kes penularan wabak Covid-19 di Negeri Terengganu, Maka Mesyuarat Khas
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-3 Penggal Ke tiga Belas
yang bersidang pada 17 Mac 2020M bersamaan 22 Rejab 1441H sebulat
suara mengambil ketetapan seperti berikut :
Ketetapan ini dibuat adalah demi menjaga keselamatan dan nyawa
seluruh rakyat di Negeri Terengganu dari dijangkiti wabak penyakit
Covid-19 berdasarkan kepada kaedah-kaedah syariat berikut:
a. سد الذرائع
b. لا ضرر ولاضرار
c. تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة
d. حكم الحاكم يرفع الخلاف
e. درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Adalah wajib bagi semua rakyat di Negeri Terengganu untuk mematuhi
segala arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa demi
memastikan terselamat daripada wabak Covid-19.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada Kitab Mughni Al Muhtaj, Al-
Insaf, Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh, Asna Al-Matalib dan Al-Asybah Wa Al
Nazair