Inhaler ialah sejenis alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang terdiri dari tiga jenis bahan, iaitu bahan kimia, air dan oksigen. Dalam penggunaan Inhaler bagi orang yang berpuasa ini terdapat perselisihan pandangan Ulama antara tidak membatalkan puasa dan membatalkan puasa.

Pandangan Pertama: Menggunakan Inhaler bagi orang yang mengidap penyakit asma ketika berpuasa adalah tidak membatalkan puasanya, kerana bahan yang terdapat di dalam Inhaler yang masuk ke dalam kerongkong seterusnya ke dalam perut  adalah terlalu sedikit, dikiaskannya dengan kesan sisa air berkumur dan air Istinsyaq (masukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk). Malah setelah analisis dibuat, didapati dalam satu alat Inhaler mengandungi 10 ml cecair, yang mengandungi ubat-ubatan, kuantiti ini cukup untuk digunakan sebanyak 200 kali semburan, setiap kali semburan, mengeluarkan jumlah yang amat sedikit, iaitu lebih kurang 1/20/1ml sahaja. (Mufattirat al-Siyam al-Mu’asirah: 17, Fatwa Syeikh Ibn Baaz: 19/211, Fatwa Syeikh Ibn ‘Uthaimin: 15/265 Fatwa Muasirah: 1/306)

Pandangan Kedua: Menggunakan Inhaler bagi orang yang mengidap penyakit asma ketika berpuasa adalah membatalkan puasanya, kerana ubat yang terdapat dalam Inhaler adalah cecair yang masuk sampai ke paru-paru yang ia adalah sebahagian daripada rongga, oleh itu, penggunanya wajib qada’ semula puasa tersebut, tetapi jika ia perlu menggunakannya berterusan sepanjang masa, maka ia boleh membayar fidyah sehari secupak sebagai ganti puasa yang tidak boleh dilakukan itu. (al-Fiqhul Islami wa Adillatuh: 3/1719, al-Mu’tamad: 2/181, al-Mughni: 3/102 dan fatwa yang dikeluarkan oleh Daeratu al-Ifta’ al-Am).

Dalam hal ini kami mentarjihkan pandangan pertama iaitu puasanya tidak batal, kerana hujah mereka lebih munasabah serta memudahkan berbanding hujah pandangan yang kedua.Walau bagaimanapun, bagi yang berkesempatan qada’ adalah disarankan mengqada’nya semula. Bagi yang terpaksa menggunakannya berterusan pula adalah disarankan membayar fidyah sehari secupak, sekalipun puasa itu sah mengikut pandangan yang pertama . Ini adalah sebagai ihtiyat (berwaspada) serta meraikan juga pandangan yang kedua.

GALERI GAMBAR

HARI BERTEMU PELANGGAN

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
No result.
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411


E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com