Puasa Bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakannya oleh setiap orang Islam yang mukallaf, meninggalkannya tanpa uzur adalah berdosa besar, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Sesiapa yang berbuka puasa satu hari pada bulan Ramadan tanpa uzur atau sakit ia tidak akan mendapat kelebihan yang sama dengan satu hari bulan Ramadan sekalipun ia  mengqadhakannya semula sepanjang tahun” (H.R. Bukhari)(Fiqhu al Sunnah :1/267).

Walau bagaimanapun di sana terdapat beberapa kelonggaran seperti berikut:

Pertama : Orang yang sakit yang tidak mampu berpuasa, boleh berbuka dan wajib qadha semula sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadan.

Kedua : Orang yang dalam musafir yang diharuskan dengan jaraknya sah sembahyang Qasar iaitu lebih kurang 90 km, boleh berbuka dan wajib qadha semula sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadan. Namun jika tidak menghadapi kesusahan dalam musafir, berpuasa lebih baik daripada berbuka.

Ketiga: Orang yang sedang mengandung atau yang sedang menyusu hukumnya seperti berikut:

a - Jika bimbang terhadap kesihatan dan keselamatan diri mereka sendiri, atau diri dan anak mereka, boleh berbuka dan wajib qadha semula sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadhan.

b - Jika bimbang terhadap kesihatan dan keselamatan anak mereka, boleh berbuka dan wajib qadha semula serta membayar fidyah satu cupak sehari sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadan.

Ketiga : Orang tua dan orang sakit yang tidak ada harapan sembuh yang tidak mampu berpuasa boleh berbuka dan wajib membayar fidyah satu cupak sehari sepanjang bulan Ramadhan. (al Fiqhu al Manhaji:1/92-94 dan Fiqhu al Sunnah:1/271-272)

Kesimpulannya Haram berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa uzur. Bagi orang yang uzur pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu:  Boleh berbuka dan wajib Qadha sahaja, iaitu orang yang musafir, orang yang sakit, orang yang mengandung dan orang yang menyusu yang bimbang terhadap keselamatan diri mereka, atau diri dan anak mereka. Boleh berbuka dan wajib Qadha serta membayar fidyah iaitu orang yang mengandung dan orang yang menyusu yang bimbang terhadap keselamatan anak mereka. Boleh berbuka dan wajib membayar fidyah sahaja iaitu orang tua dan orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.

GALERI GAMBAR

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411


E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com