Serdang: Bekas Ketua Hakim Negara,

 Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H/2016M, di sini, hari ini. Ahmad Fairuz yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ahmad Fairuz ketika ucapannya melahirkan rasa terharu dan syukur apabila diberi penghormatan oleh kerajaan

Sementara itu, ulama terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah pada majlis sambutan yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu.

 

Kedua-dua anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil diiringi Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

GALERI GAMBAR

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411


E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com