Jawapan:

Sebahagian ulama Islam mengatakan memberi ucapan selamat pada hari perayaan orang kafir seperti hari natal atau lainnya adalah diharamkan. Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ada menyebut tentang perkara ini.

            Ibnu Uthaimin dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa juga mengatakan bahawa, memberi ucapan selamat kepada orang kafir sempena hari raya agama mereka adalah diharamkan. Ini kerana ia bererti mengakui dan meredhai dengan syiar kekufuran mereka. Seseorang muslim diharamkan redha dengan syiar kekufuran. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

 

“Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekufuran bagi hamba-Nya: dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.” (al-Zumar:7)

 

            Di sana ada pandangan kedua yang membenarkan memberi ucapan selamat perayaan kepada orang bukan Islam. Antara mereka yang berpendapat begitu ialah Syeikh Ahmad Zarqa’ seperti yang dinukilkan dalam kitabnya al-Fatawa. Alasannya ialah perkara tersebut hanya sebagai cara menjaga keharmonian di kalangan anggota masyarakat yang berbilang agama. Namun, janganlah ucapan itu disertai dengan perasaan redha terhadap agama dan perayaan mereka.

            Penulis berpendapat, pandangan kedua ini lebih realistik dengan keadaan kita di Malaysia. Namun, biarlah ia sekadar ucapan sahaja tanpa turut merayakannya.

            Jadi terdapat perbezaan pendapat terhadap merayakan perayaan bukan Islam seperti Krismas dan mengucapkan ucapan selamat. Orang Islam mengucapkan ucapan selamat hari perayaan adalah dibenarkan, namun ia haram merayakan. Pengharaman itu adalah mutlak sama ada dari pihak perseorangan atau dari pihak masyarakat mahupun dari pihak kerajaan.

            Hal ini bertepatan dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

 

 “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

 

                        Sayugiya diingatkan bahawa, memakai pakaian yang melambangkan perayaan yang bukan Islam termasuk memakai topi Krismas adalah diharamkan seperti yang biasa dilakukan oleh orang ramai di pusat-pusat membeli belah.

 

GALERI GAMBAR

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411


E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com