SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah institusi kefatwaan di Negeri Terengganu tidak dapat dikesan dengan tepat bilakah mulanya. Menurut sumber-sumber Sejarah Negeri Terengganu, To' Syiekh Qadhi (bapa kepada Syiekh Duyung). Beliau dilantik menjadi Mufti Negeri Terengganu oleh Sultan Umar (muridnya sendiri). Atas nasihat beliau selaku Mufti ditambah dengan minat Sultan sendiri kepada Agama Islam, menyebabkan banyak dasar-dasar Kerajaan Negeri Terengganu berjalan selari dengan kehendak Agama Islam.

 

 

LANTIKAN MUFTI

Jawatan Mufti Negeri Terengganu bermula pada tahun 1860 an yang mana pada mulanya ia bergelar Syiekh Al-Ulama'. Kemudian dikenali dengan gelaran Mufti. Nama-nama penyandangnya adalah seperti berikut:-

 

 

 

CARA MENCARI KESEPADUAN DALAM FATWA

Menurut cerita-cerita yang boleh dipercayai bahawa di awal-awal tahun 1900 dulu, sekiranya terdapat apa-apa permasalahan yang besar dalam Agama Islam, maka Mufti tidak akan membuat keputusan keseorangan, tetapi dijemput ulama' yang difikirkan berwibawa dalam Negeri Terengganu ini untuk memberi pendapat mereka mengenai masalah-masalah tersebut. Alim ulama tersebut tidak dilantik secara rasmi hanya dijemput bapabila diperlukan sahaja.

 

 

JABATAN MUFTI SEBELUM DIASINGKAN

Setelah tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Agama pada tahun 1919. Sahibus Samahah Al-Mufti merupakan salah seorang dari kakitangan jabatan berkenaan. Prosedur dulu adalah memastikan tiap-tiap soalan bertulis hendaklah dituju kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama. Maka menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya menyampaikan jawapan itu kepada pihak berkenaan. Keadaan ini masih lagi berlaku hingga hari ini walaupun Jabatan Mufti telah ditubuhkan berasingan. Prosedur di atas berlaku kerana pada masa itu Mufti adalah merupakan salah seorang dari pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama dan tidak mempunyai kakitangan tersendiri.

 

 

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN MUFTI

Jabatan Mufti telah diwujudkan dengan rasminya pada 1 Muharram 1406 bersamaan 16 September 1985 setelah melalui proses pengasingan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Jabatan Mufti beroperasi dan berjalan sebagaimana sebuah jabatan kerajaan yang lain yang diberi peruntukan melalui peruntukan belanjawan mengurus dan diletakkan di bawah kepala bekalan sebagai B 34.

 

 

 

GALERI GAMBAR

HARI BERTEMU PELANGGAN

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411


E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com