Selamat datang ke laman ANDA TANYA MUFTI JAWAB, anda boleh bertanyakan soal jawab agama disini,

Hukum sama ada keuntungan daripada melabur di internet adalah halal atau haram

0 votes

Assalamualaikum,

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin mendapat penjelasan hukum sama ada keuntungan daripada melabur di internet adalah halal atau haram. Baru-baru ini saya telah melayari laman web http://www.studiotraffic.com dan telah pun mendaftar & melabur pada program tersebut. Bagaimanapun setelah berbuat demikian saya berasa was-was sama ada wang keuntungan yang bakal saya perolehi halal atau pun haram. Begini lah secara terpeinci program tersebut.

*Setiap peserta baru yang mendaftar akan dikreditkan USD10 didalam akaun nya yang dikenali sebagai "akaun level". 
*Peserta boleh menambah wang untuk menaikan "akaun level" supaya keuntungannya lebih besar. Wang yang digunakan untuk menaikkan "akaun level" ini merupakan yuran bagi program ini. Oleh yang demikian ia tidak dikembalikan peserta. 
*Yuran ini hanya sah dalam tempoh masa setahun. Oleh yang demikian sekiranya peserta perlu membayar yuran baru pada tahun berikutnya sekiranya beliau ingin meneruskan program tersebut. Peserta juga tidak boleh melabur melebihi USD15,000. 
*Peserta akan menerima 1% dari "akaun level" setiap hari sekiranya peserta melayari laman web yang memaparkan iklan barang-barang & servis. 
*Iklan, wang dari yuran peserta & beberapa bisnes lain seperti jualan servis untuk membuat laman web dan sebagainya adalah merupakan punca pendapatan syarikat ini yang mana digunakan bagi membayar 1% setiap hari kepada peserta yang melayari laman web yang mengandungi iklan tersebut. 
*Keuntungan 1% ini akan dikurangkan oleh penganjur sekiranya wang simpanan oleh syarikat tersebut semakin susut untuk mengelakkan kerugian kepada semua pihak. 
*Peserta akan menerima komisen tambahan sekiranya ia mendapatkan orang lain yang turut melabur dalam program tersebut. Ia bebeza dengan sistem piramid kerana komisen ini hanyalah diberikan jika peserta tersebut melabur sahaja. Komisen tidak diberikan sekiranya peserta yang baru ini mendapatkan peserta tambahan. Jadi ia cuma satu level sedangkan sistem piramid mempunyai banyak level. 
*Peserta dibenarkan mengeluarkan wang keuntungan setiap bulan tetapi hanya jika "akaun level" nya melebihi USD100. Program ini berlainan dengan skim cepat kaya yang jelas haramnya dari segi; 
*Skim cepat kaya adalah sistem piramid dimana wang peserta yang baru menyertai dibahagikan kepada peserta lama sebagai keuntungan. Sedangkan program ini hanya menggunakan sebahagian daripada yuran peserta, wang dari penyiaran iklan dan bisnes lain untuk dibahagikan kepada peserta. 
*Skim cepat kaya biasanya mampu bertahan lama kerana tiada sumber pendapatan selain dari yuran peserta sedangkan program ini mempunyai pendapat lain. 

*Skim cepat kaya memberi keuntungan kepada peserta tanpa peserta mebuat apa-apa sedangkan program ini memerlukan peserta melayari laman web iklan yang merupakan pendapatan bagi syarikat tersebut. 
*Skim cepat kaya tidak mempunyai perancangan teliti bagi mengelakkan kerugian kepada peserta kemudian. Sedangkan program ini mempunyai langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan peserta baru mengalami kerugiaan. Ini termasuklah mengurangkan kadar keuntungan, mencari peluang bisnes baru dan sebagainya.

Dengan perancangan teliti dari program ini telah bertahan hampir 3 tahun dan ia masih mampu berkembang & inilah sebabnya saya menyertainya. Walau bagaimanapun saya memerlukan bimbingan dari pihak yang arif dari sudut agama bagi meyakinkan saya wang ini halal atau haram. Sekiranya penjelasan saya ini kurang jelas sila rujukkan kepada siapa saya harus hubungi. Saya akan menghubungi beliau melalui panggilan telepon.

asked Nov 7, 2016 by Raiful Shahril bin Abdullah
...