KALAM JABATAN MUFTI

Tidak dapat dinafikan bahawa tugas menjadi Imam ketika menunaikan solat adalah tugas yang mulia, sebagaimana dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan para Khulafa’ al Rasyidin. Terdapat beberapa adab yang perlu dipatuhi oleh seseorang Imam bagi mencapai tahap kemuliaan tersebut. Antara adab-adab ialah:

 

Pertama: Berakhlak yang baik, beristiqamah di atas sunnah Nabi s.a.w dan tidak melakukan perkara-perkara bid’ah atau maksiat, kerana Imam ialah orang yang dipandang tinggi dan menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

 

Kedua: Mestilah mempunyai pengetahuan secukupnya mengenai hukum hakam yang berkaitan dengan solat dan juga hukum hakam yang berkaitan dengan Imam, kerana Rasulullah s.a.w bersabada yang bermaksud:

                “Yang lebih layak menjadi imam kepada sesuatu kaum itu, ialah yang lebih pandai membaca Kitab        Allah. Bacaan mereka itu sama, maka yang lebih mengetahui tentang sunnah… ”  (H.R Muslim)

 

Ketiga: Seseorang yang bukan Imam Ratib (Imam yang dilantik oleh pihak berkuasa) hendaklah menyerahkan tugas itu kepada orang yang lebih baik daripadanya jika ada. Sebaliknya jika dia adalah Imam ratib yang sempurna segala syaratnya, maka dia adalah lebih Aula (lebih utama) untuk menjadi Imam berbanding dengan orang lain sekalipun orang yang berada dibelakangnya itu lebih alim daripadanya.

 

Keempat: Tidak layak seseorang itu menjadi Imam sekiranya dibenci oleh kebanyakan kaumnya, kerana buruk akhlaknya, seperti melakukan perbuatan maksiat, zalim dan sebagainya. Diriwayat daripada Abi Umamah r.a berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

                “Tiga golongan yang tidak diangkatkan solat mereka (tidak diterima solat mereka) –salah satu                 daripada golongan yang disebut dalam hadis tersebut ialah - orang yang menjadi imam kepada suatu                 kaum sedangkan mereka membencikannya,” (H.R al Tirmizi dan              lainnya).

 

Kelima: Meringankan makmum, iaitu tidak memanjangkan  bacaan surah, tasbih dan zikir-zikir yang lain lebih daripada kadar yang dituntut, kecuali jika semua makmum bersetuju untuk dipanjangkan bacaannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

                “Apabila salah seorang kamu solat bersama orang ramai (menjadi Imam), maka hendaklah ia                 meringankan, kerana di kalangan mereka ada yang sakit, lemah, orang tua dan apabila ia bersolat                 seorang diri, maka panjangkanlah bacaan sepanjang mana yang ia kehendaki” ( H.R Bukhari).

 

Keenam: Imam hendaklah merendahkan sedikit suaranya ketika berwirid selepas memberi salam, bagi mengelakkan daripada mengganggu orang yang sedang solat, kerana berzikir dengan meninggikan suara sehingga mengganggu orang yang sedang solat adalah haram.

 

Maksud firman Allah di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 34-35:

“….dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah maka, beritahukanlah kepada mereka ( bahawa meraka akan mendapat ) siksa yang pedih. .. pada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta benda mu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakankanlah sekarang akibat dari apa yang kamu simpan itu”.

 

Zakat Pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan melalui gaji dan pendapatan bebas. Menurut Dr Yusof al-Qaradawi di dalam kitab Fiqh al-Zakat, pekerjaan manusia adakalanya bebas tanpa terikat dengan kerajaan. Di kalangan mereka ada yang jadi doktor, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan sebagainya. Adakalanya ia terikat dengan jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya di mana mereka bekerja dan diberi gaji bulanan secara tetap. Pendapatan yang diperolehi itu dipanggil al-mal al-mustafad. Ia wajib dizakatkan.

 

Kewajipan zakat ke atas pendapatan yang diperoleh dapat dilihat dan di fahami melalui maksud daripada  firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, 267

 

Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),

Sebelum membuat bayaran zakat pendapatan, terdapat item-item atau perkara yang mempunyai perbelanjaan khusus harus ditolak terlebih dahulu seperti diri sendiri, isteri, anak-anak dan jumlah ini adalah sama walaupun perbelanjaan sara hidup meningkat. Terdapat perkara-perkaran lain yang harus ditolak namun jumlahnya adalah mengikut perbelanjaan individu tersebut seperti perbelanjaan kepada ibu-bapa, caruman kwsp, caruman LTH, caruman kepada institusi yang telah membayar zakat kepada ahli, takaful, dan perbelanjaan perubatan dan lain-lain perbelanjaan yang ada.

Untuk mengetahui jumlah pendapatan yang harus ditolak sebelum melaksanakan zakat pendapatan, individu tersebut haruslah pergi ke kaunter zakat atau mana-mana tempat yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk mengira jumlah potongan pendapatan yang sepatutnya di tolak.

Justeru zakat pendapatan yang dikenakan ke atas seseorang individu adalah pendapatan tahunan tolak (-) perbelanjaan yang disebut seperti di atas dan baki daripadanya adalah disebut pendapatan bersih. Maka pendapatan bersih ini sahaja yang di kenakan zakat sebanyak 2.5%, dan ini lah sebahagian daripada tanggungjawab individu Muslim yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan ummah dan membantu memperkukuhkan ekonomi umat Islam di Negara ini.