cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

#3.Status Solat Tidak Tepat Kiblat

 

Soalan:

 

Biasanya seseorang nelayan akan menghadap tempat matahari jatuh di dalam solatnya kerana itu adalah arah Ka’bah berasaskan kedudukan peta negeri Terengganu. Namun, dalam setahun ada dua kali matahari jatuh ke atas kiblat secara tepat. Maka diketahui kedudukan kiblat yang sebenar. Macam mana dengan status solat orang yang tersalah kiblat sebelumnya seperti orang yang bekerja sebagai nelayan tersebut?

 

Jawapan:

           

Para ulama sepakat mengatakan bahawa orang yang dapat melihat Ka’bah, wajib ke atasnya menghadap bangunan Ka’bah atau ‘ain al-Ka’bah dengan yakin. Manakala bagi orang yang tidak dapat melihat Ka’bah tetapi masih tinggal di Mekah, hendaklah ia menghadap ke arah Masjidilharam. Bagi orang tinggal jauh dari Ka’bah seperti umat Islam di Malaysia, maka jumhur ulama selain mazhab Syafie berpendapat cukup dengan menghadap arah Ka’bah atau jihah al-Ka’bah tanpa memikirkan tepat atau tidak ke arah bangunan Ka’bah. Mereka berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w:

 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌ

 

          Maksudnya:

 

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabdaApa yang berada di antara timur dan barat adalah Kiblat.” (Riwayatkan Ibnu Majah dan al-Tirmizi)

 

Secara zahirnya, hadith itu menunjukkan bahawa semua arah yang berada di antara keduanya iaitu utara dan selatan termasuk dalam kiblat. Kalaulah diwajibkan menghadap fizikal bangunan Ka’bah, maka tidak sah solat bagi orang yang berada dalam saf yang panjang kerana mestilah ada yang terpesong dari menghadap fizikal Ka’bah. Padahal ulama Islam sudah sepakat mengatakan bahawa solat sebegitu keadaannya adalah sah.

 

Lihat keterangan Syeikh Wahbah Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh dan Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid dalam hal ini.

 

Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa wajib bagi yang jauh dari Mekah untuk menghadap ‘ain al-Ka’bah kerana orang yang menghadap kiblat adalah orang yang menghadap bangunan Ka’bah. Lihat keterangan Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab.

 

Pandangan jumhur ulama dalam hal ini adalah lebih praktikal.

 

Isu berikutnya ialah kalaulah terjadi kekeliruan dalam arah kiblat ketika solat, apakah patut dibuat? Menurut mazhab Maliki dan Syafie, solat itu wajib dibatalkan dan diulangi lagi dengan menghadap ke arah kiblat yang betul dan diyakini. Begitu juga apabila kekeliruan itu berlaku selepas solat, maka perlu diulangi solat tersebut. Lihat keterangan dalam kitab karangan Ibnu Rusyd iaitu Bidayah al-Mujtahid.

 

Dalam mazhab Hanafi dan Hanbali, orang yang mengetahui kekeliruan arah kiblat di dalam solatnya tidak perlu membatalkan solatnya itu. Cukup baginya membetulkan arah kiblat dengan memutar badannya ke arah kiblat yang diyakini kemudian meneruskan solatnya.  Bagi orang yang mengetahui kekeliruan arah kiblatnya setelah selesai solat pula, kedua-dua mazhab ini mengatakan bahawa ia tidak perlu mengulang kembali solatnya. Ini kerana ia telah berijtihad dalam menentukan arah kiblat.

 

Lihat keterangan Syeikh Wahbah Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh dan Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid dalam hal ini.

 

          Berhubung dengan persoalan yang ditimbulkan di atas, maka orang tersebut telah dikira berijtihad dalam menentukan kiblat, maka solatnya tidak perlu dipersoalkan lagi kesahihannya. Ini bersesuaian dengan pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali.

 

Penulis ingin menambah di sini bahawa seseorang yang tahu kiblatnya tersasar, maka sekiranya ia tersasar tidak lebih dari 45 darjah ke kiri atau ke kanan dari kiblat sebenar, maka ia masih dimaafkan dan solatnya tetap sah. Sekiranya lebih dari itu, ia perlu membetulkan dalam solatnya itu.

 

 

SEPINTAS LALU

PERANAN FATWA


Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58) a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat. b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum

PERANAN FATWA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

KATA-KATA MOTIVASI

Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran

 

Jika ingin menggapai bahagia di dunia, maka harus dengan ilmu. Jika ingin menggapai kebahagiaan di akhirat, juga harus dengan ilmu.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com