cpr certification online
cpr certification onlineNational CPR associationcpr certification online

Beri Zakat Kepada Orang Tidak Solat

 

Soalan:

 

Adakah diharuskan di sisi syarak diberikan zakat kepada orang yang meninggalkan solat atau melakukan maksiat?

 

Jawapan:

 

 

Orang Islam ada beberapa golongan:

 

i.             Orang Islam yang taat menjalankan syariat Islam.

 

ii.            Orang Islam yang terlibat dengan amalan bid’ah yang boleh membawa kepada kekufuran.

 

iii.           Orang Islam yang buat maksiat.

 

iv.           Orang Islam yang buat bid’ah yang sifatnya tidak sampai peringkat kekufuran.

 

          Orang Islam yang pertama sememang tidak diragukan lagi boleh diberikan zakat.

 

 

          Berkata Ibnu Taimiyah:

 

“Sudah mesti setiap orang memperhatikan orang-orang yang berhak mendapat zakat dari kalangan fakir, miskin, orang yang berhutang dan golongan lainnya. Semestinya yang dipilih untuk mendapatkan zakat adalah orang yang berpegang teguh dengan syariat.”

 

Orang kedua iaitu ahli bid’ah yang sampai peringkat menjadi kafir, haram diberikan zakat kepadanya.

 

Orang ketiga dan keempat iaitu ahli maksiat dan ahli bid’ah yang tidak sampai jadi kafir, maka jika diketahui dengan sangkaan kuat bahawa ia akan menggunakan zakat tersebut untuk maksiat, maka tidak boleh diberikan zakat padanya. Namun kalau diberikan juga, sah zakat tersebut. Kalau sangkaan kuat bahawa ia tidak menggunakan zakat yang diberikan untuk perkara maksiat, maka harus diberikan kepadanya.

 

Berkata al-Jurdani dalam kitabnya Fath al-Allam:

 

وَيَجُوْزُ دَفْعُهَا لِفَاسِقٍ اِلاَّ إِنْ عُلِمَ أَنَّـهُ يُصَرِّفُهَا فِى مَعْصِيِّةٍ فَيَحْرُمُ

 

Maksudnya:


“Boleh diberikan zakat kepada orang yang fasik (orang muslim yang berterusan melakukan maksiat) kecuali apabila diketahui sesungguhnya ia menggunakan zakat tersebut untuk maksiat, maka haram diberikannya.”

 

          Dalam kitab al-Syarqawi ‘Ala al-Tahrir disebutkan

(قَوْلُهُ وَشُرِطَ آخِذُ الزَّكَاةِ الخ) ... وَيُعْلَمُ عَلَى مَا ذُكِرَ أَنَّهُ يَجُوْزُ دَفْعُهَا لِفَاسِقٍ اِلاَّ اِنْ عُلِمَ أَنَّهُ يَسْتَعِيْنُ ِبهَا عَلَى مَعْصِيِّةٍ فَيَحْرُمُ وَاِنْ أَجْزَأَ

 

 

Maksudnya:


“(Perkataan pengarang, disyaratkan orang yang mengambil zakat….), maka diketahui sesungguhnya boleh diberikan zakat kepada orang yang fasik kecuali apabila diketahui ia mengambil pertolongan dengan harta zakat (yang diberikan itu) untuk perbuatan maksiat, maka haram memberinya, meskipun sah zakatnya.”

 

          Dalam kitab Tarsyih al-Mustafidin disebutkan:


وَيَجُوْزُ دَفْعُهَا لِفَاسِقٍ اِلاَّ اِنْ عُلِمَ أَنـَّهُ يَسْتَعِيْنُ بِهَا عَلَى مَعْصِيِّةٍ فَيَحْرُمُ اِنْ أَجْزَأَ

 

Maksudnya:

 

“Boleh memberikan zakat kepada orang fasik kecuali apabila diketahui sesungguhnya ia menggunakannya untuk perbuatan maksiat, maka haram hukumnya meskipun (pemberian tersebut) sah.”

 

Dalam kitab Tanwir al-Qulub disebutkan:

 

 

وَأَيْضًا يَحْرُمُ اِذَا عَلِمَ الدَّافِعُ أَنَّ اْلآخِذَ يُصَرِّفُهَا فِى مَعْصِيَّةٍ

 

Maksudnya:


“Demikian juga dihukumkan haram (memberikan zakat pada orang yang meninggalkan solat) apabila orang yang menyerahkan zakat itu mengetahui bahawa orang yang menerima zakat itu menggunakannya untuk kemaksiatan.”

 

Bagi orang yang meninggalkan solat atau pelaku maksiat yang tidak menggunakan zakat yang diberikan untuk tujuan maksiat, maka tidak mengapa zakat diberikannya. Namun tidak sah diberikan terus kepadanya, tetapi hendaklah diberikan kepada penjaganya.

Berkata al-Jurdani dalam kitabnya Fath al-Allam:

 

وَلاَ يَصِحُّ دَفْعُ الزَّكَاةِ لِمَنْ بَلَغَ تَارِكًا لِلصَّلاَةِ اَوْ مُبَذِّرًا لِمَالِهِ بَلْ يَقْبِضُهَالَهُ وَلِيُّهُ

 

 

Maksudnya:


“Tidak sah memberikan zakat kepada orang yang sudah baligh (mukallaf) yang meninggalkan solat atau orang yang membazirkan hartanya, akan tetapi walinya yang berhak menerima zakat untuk orang tersebut.”

 

 

Perlu diingatkan bahawa apabila seseorang hendak memberikan zakat kepada seseorang miskin misalnya, maka tidak dibebankan kepadanya untuk mencari-cari informasi adakah orang itu melakukan solat lima waktu atau tidak. Sebab, mencari-cari sesuatu yang tidak Allah s.w.t perintahkan merupakan tindakan al-takalluf atau berlebihan yang membawa kepada kepayahan.

SEPINTAS LALU

PERANAN FATWA


Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58) a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat. b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum

PERANAN FATWA

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

KATA-KATA MOTIVASI

Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati dalam kebenaran dan kesabaran

 

Jika ingin menggapai bahagia di dunia, maka harus dengan ilmu. Jika ingin menggapai kebahagiaan di akhirat, juga harus dengan ilmu.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com