IBADAT

Soalan:

 

Boleh atau tidak seseorang yang bermusafir ke suatu tempat untuk berkursus dan ia berniat tinggal di situ seminggu, untuk solat jamak dan qasar?

 

Jawapan:

 

Seseorang yang berada dalam musafir mendapat kelayakan al-rukhsah atau keringanan dalam solat iaitu ia boleh melakukan solat dengan cara jamak dan qasar. Namun, solat cara jamak dan qasar itu mestilah menepati beberapa syarat. Syarat-syarat itu ada disebut dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. Ia adalah:

 

  1. Mestilah ia berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah atau lebih kurang 80 KM.

 

  1. Perjalanan musafir itu telah melepasi sempadan mukim seperti kawasan kampung, taman perumahan atau daerah mengikut uruf setempat.

 

  • Ia tidak mengikuti imam yang bersolat sempurna empat rakaat jika ingin menqasarkan solat.

 

  1. Ia tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain hari mula ia sampai dan hari ia akan keluar dari destinasi.

 

Berdasarkan syarat keempat, apabila seseorang itu berazam untuk menetap di destinasi yang ia pergi selama empat hari atau lebih, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila ia sampai ke destinasi tersebut, maka ia sudah mendapat status orang yang bermukim bukan lagi musafir. Maka ia wajib bersolat sempurna macam biasa.

 

Hal atau hukum ini ini ada dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Minhaj al-Talibin:

 

ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على الصحيح

 

Maksudnya:

 

Jika seseorang berniat mukim selama empat hari di destinasi, maka terputus musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi itu) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.

 

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujuddalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
  5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
  8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
  9. Iktidal
  10. Sujud dan membaca tasbih
  11. Duduk antara dua sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
  3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
  6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
  7. Iktidal
  8. Sujud dan membaca tasbih
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kembali
  11. Membaca tasyahud akhir
  12. Memberi salam

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

GALERI GAMBAR

HARI BERTEMU PELANGGAN

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411


E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com