• DPMT2.jpg
  • FORUM.jpeg
  • FORUM2.png
  • klinik-hukum.jpeg
  • MULTAQA.jpg
  • mzkh-falak.jpg
  • tahniah2.jpg
  • ZQ-BESUT-BANNER.jpeg
  • zq.jpeg

KEMUSYKILAN AGAMA ISLAM

Soalan:

 

Bilakah masa membaca doa berbuka puasa? Ramai yang membaca doa dulu baru berbuka, adakah itu cara yang tepat?

 

Jawapan:

Ini masalah fiqah yang terdedah kepada beberapa pandangan ulama.

Pada hemat penulis, masa membaca doa berbuka puasa dalam mazhab Syafie ada dua pandangan.

Pendapat pertama: Selepas berbuka puasa yang mula-mula seperti contoh selepas menikmati sebiji dua buah kurma atau selepas minum air kemudian barulah baca doa.

Pendapat ini ada dinyatakan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib (3/121):

 

                           وأن يقول عقب فطره اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت.....

Maksudnya:

"... dan (sunat) berdoa selepas berbuka puasa Allahumalakusumtu waala rizqika aftartu... ".

Pendapat kedua: Membaca doa ketika berbuka. Contohnya sambil makan buah kurma sambil berdoa.

Pendapat ini ada dinyatakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/348):

 

   أن يقول عند الفطر اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Maksudnya:

"(Sunat) berdoa ketika berbuka puasa Allahummalasumtu Waalarizqika Aftartu zahabazzama'u Wabtallatiluruqu wathabatal ajru insya'Allah".

 

Secara praktikalnya, membaca doa ketika berbuka ini berlaku dengan santai tanpa diangkat kedua tangan sama seperti baca doa masuk tandas.

Ada juga yang mengatakan pendapat pertama dan kedua sama sahaja. Justeru, bagi mereka, pendapat pertama menafsirkan pendapat kedua.

Adapun membaca doa terlebih dahulu kemudian baru berbuka, itu sudah dikira melewatkan berbuka puasa yang hukumnya makruh. Ini dinyatakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/349):

                                   يدخل في المكروه التنزيهي كتأخير الإفطار

Maksudnya:

"Termasuk dalam perkara makruh tanzih ialah seperti melewatkan berbuka puasa".

 

Ungkapan ini adalah umum walaupun lewat beberapa ketika.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
No result.
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com