• 1.Maulidur_Rasul_1446H2024M.jpg
  • Banner_UcapanTahniahLamanWeb.jpg
  • DPMT2.jpg
  • klinik-hukum.jpeg
  • PosterTahniahUstazHanapiah1446H.jpg

Pada 19 Muharam 1446H bersamaan 25 Julai 2024M, Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu Dato' Dr Haji Mohamad Sabri bin Haron telah berbesar hati turun padang menjenguk masyarakat dengan menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Kg.Lingai, Batu Rakit. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Terengganu YM Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullahtfi bin Syed Omar.

Disamping itu jemaah masjid juga berpeluang menjawab soalan kuiz yang disediakan dan penyampaian cenderahati turut diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan. 

Kesempatan ini turut dimanfaatkan apabila Sahibus Samahah Dato'  Mufti Negeri memberi peluang kepada masyarakat sekitar bagi mentahnik bayi-bayi yang baru dilahirkan dengan harapan semoga membesar menjadi anak yang soleh/solehah.

Pihak Urusetia Jabatan Mufti Negeri Terengganu merakamkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Agama Daerah Kuala Nerus, Pihak Pengurusan Masjid Kampung Lingai dan JPKK Kampung Lingai yang turut sama bekerjasama menjayakan program ini. Tidak dilupakan Masyarakat Kampung Lingai dan kampung berdekatan yang sama-sama memeriahkan program yang pertama kalinya seumpama ini diadakan di kampung ini.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi, 

Kalau ada program mendatang, 

Nanti kita jumpa lagi.. 

 

Dua tiga kucing berlari,

Manakan sama sikucing belang,

Maaf kiranya kekurangan kami,

Terima kasih atas layanan.. 

 

Pucuk pauh delima batu, 

Anak sembilang di tapak tangan, 

Andai jauh, terasa rindu,

Kunjungi kami seberang jambatan.

  1. Fatwa Diwartakan
  2. Fatwa Negeri
  3. Sudut Bacaan
  4. Berita Semasa
  5. Aktiviti Semasa
  6. Himpunan Kertas Kerja
No result.
next
prev

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

TEL: +609-6252525
FAX : +609-6235411
E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com